Saturday, October 16, 2010

MISI SAYA DI SINI


Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Misi saya di sini ialah untuk berkongsi maklumat yang benar dan tepat tentang kerja part-time yang boleh dilakukan secara 100% online,. Buat masa ini fokus saya adalah berkenaan bisnes MLM. Rasanya, bila mendengar sahaja MLM, ramai yang akan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap bisnes ni.  Mungkin disebabkan anda tidak mendapatkan maklumat yang benar tetapi sebaliknya hanyalah ‘misleading information’ yang turun temurun disampaikan oleh upline kepada downlinenya. 


Dalam apa jua tindakan kita, kita sepatutnya perlu mendapatkan maklumat yang tepat.  Anda perlu mendapatkan maklumat yang tepat dan benar sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM. Kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai bisnes MLM boleh menyebabkan anda kehilangan duit dan lebih teruk dari itu ialah hilang saudara mara, kawan dan impian anda.



Komen membina mengenai artikel-artikel yang dikongsikan amat dialu-alukan. 

No comments:

Post a Comment