Sunday, December 5, 2010

MLM - BETUL KE MUDAH & LUMAYAN?


Tak perlu lagi pening kepala nak bayar hutang, bil-bil, kad kredit, yuran pengajian dan sebagainya. Anda boleh berjaya menjana pendapatan dengan mudah dengan sistem ini. Kini anda boleh menyertai Bisnes online dengan sistem pemasaran yang bijak dan dengan modal yang rendah.

 

Anda tentu sudah biasa melihat di internet headline yang berbunyi “Jana Pendapatan Sampingan Berterusan Seumur Hidup Secara Online Hanya Dari Rumah. Gaji dibayar secara terus kedalam akaun bank anda setiap minggu hingga RM 4000 – RM 5000. Sungguh MUDAH & LUMAYAN!” Betulke mudah dan lumayan??? Ya, memang lumayan…tetapi BENARkah mudah untuk mencapai tahap lumayan tersebut? 

 

Jawapan sama ada ianya mudah atau tidak amat subjektif. Dari mudah bagi mereka yang amat berpengetahuan dan berpengalaman sehinggalah ke amat sukar bagi mereka yang tiada langsung pengetahuan dan pengalaman tentang pemasaran internet. Selain daripada itu, faktor kewangan juga akan menentukan samada ianya mudah atau tidak. Anda tidak dapat lari daripada keperluan wang yang diperlukan sebagai modal permulaan bagi memulakan bisnes online anda mahupun modal pusingan untuk meneruskan bisnes online anda sebelum anda dapat berjaya mendapat keuntungan yang lumayan. Masa juga merupakan modal yang tidak ternilai yang perlu diambil kira. Daripada pengalaman saya, ramai di antara mereka yang mempromosikan peluang bisnes tidak menceritakan perkara yang sebenar terutama tentang kelemahan bisnes tersebut. Mereka hanya memberikan  maklumat yang sedap didengar telinga sahaja. Oleh itu anda harus menyelidiki dengan serius tentang peluang bisnes yang ditawarkan kepada anda. Buatlah perbandingan dengan peluang-peluang bisnes online yang ada dan buatlah pemilihan yang bijak berdasarkan kemampuan anda. 

 

MLM is a good direction to go if you are informed and know how to choose the one that fits you best. If you help others find success, you will find success.
 

Ingin sertai MLM bersama saya. KLIK SINI.

Eliza, WELA Silver Leader.

 

Tuesday, November 2, 2010

BERMULA DENGAN LANGKAH YANG SAMA - PART 2


Salam kepada semua pembaca budiman,

OK, seperti yang dijanjikan, di sini saya sambung mengenai ...betulke join MLM ni mengayakan upline?...jawapan saya yang paling ikhlas...betul le tu...bila anda join, upline anda akan mendapat komisyen...tapi jangan la risau. Bukan anda pun yang bayar komisyen upline anda tu. Upline anda berhak mendapat komisyen seperti yang dijanjikan syarikat MLM tersebut berdasarkan ‘compensation plan’nya kerana kejayaan upline anda membantu membuat jualan. 


Sekarang pertanyaan saya kepada anda. Adakah disebabkan itu anda tak nak menyertai MLM...kalau "YA" jawapannya...hai mintak maaf la, sempit betul pemikiran anda dan mungkin juga anda tidak faham konsep "LEVERAGE" dalam MLM. "LEVERAGE" ni nanti dalam bab lain la pulak cerita. Sambung balik cerita mengayakan upline tadi. Mungkin anda terlupa bahawa sebelum upline anda berjaya, mereka juga bermula dari bawah seperti anda. Bestnya tentang MLM ni...semua orang bermula dari tempat yang sama dengan langkah-langkah yang yang sama untuk berjaya. Bezanya, cuma sejauh mana LAJUNYA langkah yang anda ambil. Mungkin anda bermula lebih lewat dari upline anda, tetapi dalam dunia MLM, tidak mustahil suatu hari nanti kedudukan atau pendapatan anda melebihi dari upline anda. Semuanya bergantung kepada tindakan anda.   


MLM is a good direction to go if you are informed and know how to choose the one that fits you best. If you help others find success, you will find success.

Ingin sertai MLM bersama saya. KLIK SINI.

Eliza, WELA Silver Leader.

Monday, November 1, 2010

BERMULA DENGAN LANGKAH YANG SAMA

Salam kepada semua pembaca budiman...

Hari ni nak cerita stail selamba skit. Hari ni aku ke Ipoh menjalankan odit seperti biasa. Kali ke dua aku datang ke kilang ni. Kali pertama ialah pada tahun 2008. Kesian tengok kilang ni...tak de pengeluaran. Sama seperti dulu jugak. Tak tahu sampai bila kilang ni boleh bertahan. Sekarang ni, kilang ni cuma beli produk dari negara lain dan jual semula. Dah jadi macam trading company jer pulak. Hhmmm, nak buat macam mana? Kena kreatif la...nak hidup... Tapi sekurang-kurangnya, kilang ni masih bertahan. Ada jugak kilang yang lebih besar dengan jumlah pekerja pada awalnya beribu-ribu kini dah tutup. Kesimpulannya, selagi kita bekerja dengan orang, selagi itulah nasib kita ditentukan oleh orang lain.

Bagaimana pula dengan menyertai MLM? Jawapannya, ya...masih juga lagi bekerja dengan orang (syarikat MLM)...TETAPI, sedikit berbeza dari segi pendapatan yang anda perolehi. Kalau bekerja makan gaji, gaji anda ditentukan oleh majikan. kadang-kadang dah perform bagus pun, tak dapat jugak naik pangkat. Masa tu mulalah sakit hati ngan majikan. Tambah2 pulak ada geng yang dah diketahui tak pandai buat kerja selain dari kerja membodek boss pulak yang naik pangkat. Mulala angin satu badan.

Berbeza dengan menyertai MLM, gaji anda, anda yang tentukan. Gaji anda akan dibayar setimpal dengan usaha anda. Tiada pilih kasih dalam MLM. Tu yang seronok. Tak timbul masalah sakit hati, etc. Tapi ada yang mengatakan bahawa masuk MLM ni akan mengayakan upline jer...betul ke? OK, jawapannya akan saya kongsikan pada masa akan datang...tunggu.....

MLM is a good direction to go if you are informed and know how to choose the one that fits you best. If you help others find success, you will find success.

Eliza, WELA Silver Leader.

Ingin sertai MLM bersama saya. KLIK SINI.

  

Sunday, October 31, 2010

Mengapa anda harus memilih WELA?

WELA Corporation diasaskan bersama oleh John Penny, Chief Executive Officer, Ryan Burgard, Chief Marketing Officer dan Mark Gullett, Chief Technical Officer. Mereka merupakan usahawan internet yang berpengalaman dan amat memahami permasalahan yang dihadapi oleh ramai usahawan network marketing. Dengan itu, John Penny, President and CEO WELA telah menubuhkan WELA berdasarkan kepada 3 faktor utama yang mesti dimilki oleh sesebuah syarikat MLM untuk berjaya dan menawarkan pulangan yang lumayan kepada ahli-ahlinya iaitu:

  1. Produk yang unik dan dikehendaki oleh ramai – Slimberry ialah produk WELA yang diperlukan oleh orang ramai terutamanya meraka yang mengalami masalah obesiti atau kegemukan. 67% daripada rakyat di Amerika mengalaminya. Lebih 80% rakyat di Amerika berusaha mengatasi masalah kegemukan mereka. Lebih 800 rakyat Amerika mati akibat masalah yang berkaitan dengan obesiti. (Maaf ye…saya tak de statistik untuk rakyat M’sia)

  2. Produk tersebut mestilah boleh diguna semula dan mampu dibeli oleh ramai – 1 botol Slimberry berharga USD 49.95 sahaja. Dengan WELA anda tidak perlu menjual, tetapi hanya membeli untuk keperluan anda setiap bulan.

  3. Peluang yang ditawarkan mestilah mampu diduplikasi oleh ramai. Slimberry ditawarkan pada harga yang berpatutan yang mampu dibeli oleh ramai orang. Jadi ianya mudah diduplikasi. Bisnes plan WELA amat mudah. Hanya 1